Tuesday, 24 September 2013

Al-Quran dan Sains:Penciptaan Manusia

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Menurut Al-Quran
Manusia berasal daripada Nabi Adam dan asal kejadian Nabi Adam daripada tanah.Daripada Nabi Adam dijadikan Hawa dan daripada meran leka dijadikan keturunan manusia melalui percantuman benih lelaki dan perempuan yang dikenali sebagai nutfah.Orang yang sedar dirinya berasal daripada tanah dan air benih yang hina akan yakin dengan kekuasaan Allah S.W.T menghidup dan membangkitkan semula manusia selepas mati.Manakala orang yang jahil dan lupa diri akan mengingkarinya.

Menurut Teori Tabie
Sebahagian daripada saintis tidak percaya adanya pencipta yang maha kuasa.Mereka mengambil jalan keluar bagi menjawab persoalan siapakah yang menjadikan manusia dan seluruh alam ini?.Mereka mengatakan yang mencipta alam dan manusia ialah tabie'.Teori tabie mencipta menyamai golongan ad-dahriah.

Menurut Teori Evolusi
Diperkenalkan oleh Charles Darwin .Beliau mandakwa bahawasegala makhluk yang ada dan semua sistem alam yang teratur telah menjadi sempurna sedikit demi sedikit oleh kuasa yang terkandung dalam benda itu sendiri.Proses perkembangan itu berlaku daripada keadaan purba yang tidak teratur.Dari benda yang ringkas menjadi organ yang lengkap.Mengikut teori ini ,manusia dikatakan berasal daripada rangka keturunan beruk purba.

#Teori tabie dan teori evolusi bercanggah dengan nas-nas Al-Quran yang menyatakan dengan jelas hakikat kejadian manusia daripada tanah dan air mani.

Proses Kejadian Manusia


Al-quran menyatakan dengan tegas bahwa manusia diciptakan dari tanah dengan berbagai istilah seperti debu (Surah Ali Imran:59), tanah kering dan lumpur hitam (Surah Al-hijr : 28), tanah liat (Surah Ashshafat : 11), sari pati tanah (Surah Al-shad :71) dan sebagainya. Semasa penciptaan Adam,Allah telah berfirman bahawa “Jadilah,maka jadilah ia”(Surah Ali Imran : 59). Oleh itu, proses kejadian manusia menurut Al-quran adalah lebih sahih dan relevan kerana mempunyai bukti yang kukuh.Bucailie Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran, Sains dan Bible. Bandung, Indonesia: Penerbitan Mizan.
Setelah berpandukan pada (Surah Al-A’la : 1-3), penciptaan atau kejadian manusia terbahagi kepada tiga (3). Hal ini telah menjadi titik tolak kepada proses kejadian manusia dan menunjukkan tanda-tanda kemuliaan manusia .Pertama, Allah telah menciptakan manusia pertama daripada tanah (Adam). Kedua, penciptaan manusia kedua daripada bahan baku manusia pertama (Hawa). Akhir sekali, penciptaan manusia daripada bahan baku manusia pertama (Adam) dan manusia kedua (Hawa). Oleh itu,kita sebagai anak cucu Adam haruslah berasa bangga kerana kita ini daripada sebaik-baik kejadian dan lebih mulia daripada makhluk yang lain. Bucailie Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran,Sains dan Bible.Bandung,Indonesia:Penerbitan Mizan.
Dalam Surah Al-Qiyamah (75 : 37-39),penciptaan manusia terbahagi kepada empat (4) tahap. Allah telah menyatakan bahwa manusia terjadi daripada percampuan Nutfah. Nutfah ialah air mani. Air mani ini terdiri daripada air mani lelaki dan perempuan. Allah telah berfirman dalam Al-Quran melalui (surah Al-Insan:2). Artinya : Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada setitits air mani yang bercampur yang kami(hendak menguji dengan perintah dan larangan).Kami jadikan dia melihat dan mendengar.Selepas itu,daripada Nutfah telah berubah menjadi Alaqah,Mudghah dan Izam dan Lahm.Allah telah berfirman dalam (surah Al-Mukminun :14) yang bermaksud kemudian kami mengubah nutfah menjadi alaqah(seketul darah),lalu kami menciptakan seketul darah beku itu menjadi seketul daging(menjadi anggota badan)dan seketul daging itu kami jadikan tulang-tulang itu dan kami bungkus dengan daging(terbentuk segala system saraf).Tafsir Al-Quran.
 
 

Fungsi Manusia

  1. Beriman atau patuh kepada suruhan tuhan dan meninggalkan larangannya

  2. Memakmurkan muka bumi

  3. Mengagihkan kekayaan sama rata

  4. Memelihara bumi daripada kerosakan

Tujuan Kelahiran Manusia

  • Peranan atau tanggungjawab manusia "AMAR MAARUF ,NAHI MUNGKAR"

  • Menggunakan akal berlandaskan Al-Quran dan mengekang nafsu daripada kesesatan.

  • Menjalinkan ukhuwah islamiah

  • Ketinggian darjat seseorang diukur melalui ketaqwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah aku"(surah adz-dzaariyat ayat 56)

Kesimpulan.

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan kerana dikurniakan akal fikiran.Kita seharusnya bersyukur dengan segala kurniaan daripada pencipta kita.Sesungguhnya setiap kejadian ada kepentingannya.

Sekian .,terima kasih

 

Saturday, 5 January 2013

new year -_-

Assalamualaikum,,sekarang da lima hari berada di tahun baru..fatin da tkde pkai bj sek lagi..haha..1 hari bulan ag fatin da kene bgun mcm g sek utk mgikuti orientasi yg agk memenatkan .tp srius sronok bila knal rmai kawan yg sporting..ad sorg ni dy ckp fatin ni mcm pndiam mule2..skali bila latihan lakonan dy ckp fatin ni nmpk tegas..normal sgt la tu..kalo org tak kenal n tak rapat dgn fatin mmg ckp fatin ni pndiam.tp kalo da rpat,,fhm la prngai sbnany fatin yg jnis tk kesh sgt..happy go lucky gitu..haha..sngat la kan..perasn je.


                                                                   group tailor chef..

                                                                     
                                                                 ni logo group kitorang

tadi petang ada knduri,fatin ikut mak sbb bosan kat rumah..hehe.sebelum gerak fatin tak makan kat rumah pun..kat knduri dapat makan..lagi seronok bila nmpk smbal..bile makan ,,wah sedap..mmg kegemaran fatin la..ada mak cik ue ckp smbal tu pedas sgt.bg fatin ok je.tp tkde plak gmbr smbal tu..hehe..thanks mak cik wat smbal yg osem..mcm tau2 sy suka pdas...hehe..lepas da ciap mkan ,sorg2 mak cik surh fatin amik kn bubur..ttbe glamor di pnggil fatin kt situ..hehe..and fatin dapat berkat yg special sikit ..kih3..thanks 'H' ^_^

@ coretan hati kecil fatin